Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Saturday, May 4, 2013

the NASI ARAB



Assalamualaikummm,
 alhamdulillah hari ni d beri peluang dan ruang 
utk menconteng d blog yg da bersarang ini..

Al-Kisah hari ni, is NASI ARAB~~
my kegilaan..
ye, yah mmg gilakan bnd2 dari arab, terutama lagu and makanan..
so, last week lancarkan project nasi arab.
d bawa khas dr chef arab..ehehe..
tade la, kwn yah ade sorg kt sini yang penah belajar d mesir..
so masak dgn die nasi arab ni..
mmg puas hati yah..lps ni ta payah nk mengidam lame2..
agak2 teringin nk makan n.arab je, boleh trus buat sendiri..hehe.

 jom semak resepi : 

 

 bawang putih & besar
 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis)
 margerin (lgi bagus and sedap if ltk olive oli or ghee)
 tomato puri (if dkt arab dorg guna buah tomato, tp tomato d malaysia ni masam ta mcm d arab, so better guna tomato puri)
cili boh
 kuib pati ayam
 serbuk kari ayam
 ayam d potong besar2
 beras basmathi
 garam
 kismis
(sukatan yah mmg main agak2 je)

 method:


1) cairkan margerin, tumis bawang putih and merah sampai kuning. masuk 3 sekawan.


2) masukkan cili boh & tomato puri. tumis sampai agak2 pecah minyak. abaikan pic sudip itu, rmh yah ni mmg alatan dapur ta sempurna lagi. so, pakai mne yg ade je..hehe..

3) masuk ayam, agak2 ayam da suku masak, masuk air.

4) biar mendidih sampai ayam betul2 masak. masuk kiub pati ayam, serbuk kari and garam.

5) agak2 semua da ok, ayam da masak elok..masukkan beras and masak mcm nk masak nasi biase. DONE!! ^_^

Tu kisah tengahari..so, ptg tu after ktorg masak memasak nasi arab, ktorg pun keluar ambik angin dkt pantai yg dkt dgn rmh ktorg. SubhanAllah! sgt tenang jiwa bila lihat kebesaran Allah.

 

 

  ni yah with rumate yg bakal d risik 18 mei nnt. 
congrat dear! happy for you. :)

Tuesday, January 29, 2013

bersabar, perlukah?



Assalamualaikum,
melihat kepada situasi hari ini yg sering menguji kesabaran, keimanan & keikhlasan..yah mcm tergerak utk post berkaitan dengan
 ...SABAR...

Rasionalkah untuk kita bersabar setiap masa? Bukankah kesabaran 
kita mempunyai had, dan jika terlebih had ini, maka hilanglah segala kewarasan akal kita untuk berfikir lagi?

Kita bersabar kerana Allah swt itu sukakan akan perbuatan itu.

"Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran:146)

Tidakkah kita beruntung menjadi salah satu hamba-hambaNya yang disukaiNya kerana perbuatan kita yang sering kali sabar dalam setiap perkara? Seperti mana kita gembira dan suka disukai oleh orang-orang tersayang, seperti itulah malah lebih lagi, jikalau kita disayangi oleh zat yang Maha Penyanyang ini. Sungguh sangatlah beruntung bagi mereka yang sentiasa sabar ketika menghadapi ujian.

Kita bersabar kerana kita tidak pernah keseorangan.


"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:46)

Bukan sahaja Allah swt menyukai sikap kita yang sering bersabar, Allah swt juga berserta dengan orang-orang yang sering sabar ketika menempuh pelbagai ujian. Ketika mana kita merasakan tiada lagi siapa yang dapat membantu, tidak lagi memahami segala kerenah manusia terhadap diri, dan pelbagai takdir dan ketentuanNya yang menimpa bertubi-tubi, kita terlupa sesuatu perkara. Kita ada Allah swt dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Kenapa kita terlupa?

Besar kemungkinan kita sering berburuk sangka kepada Dia yang mengaturkan segala kejadian di alam ini.


عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". ((FUSHSILAT, 23:41). Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.)

Janganlah bersangka buruk dengan Allah swt. Dia Maha Mengetahui, lebih dari apa yang seluruh manusia jika dikumpulkan untuk bersatu dalam pemikiran dapat fikirkan. Sungguh pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Dan ingatlah bahawa hikmah Allah swt ini pelbagai, dan tidak semestinya datang bergolek ke kaki kita. Sungguh Rahmat Allah swt ini terlalu luas jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa!


اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ 

"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"  (Al-Mu'minuun :115)

Sungguh kalau mereka mengetahui bahawa adanya hari akhirat sana, sudah pasti mereka tidak akan mengeluh sepanjang waktu memikirkan nasib yang menimpa diri sendiri. Di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi, bukannya di dunia sementara ini. Maksudnya, segala kesusahan, keresahan, kepayahan yang melanda hidup kita, pasti akan suatu hari berakhir, seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah swt pada waktu yang telah ditetapkanNya. Dan ganjaran mereka yang bersabar, cukuplah indah!

Dan janganlah ingat bahawa setiap kesabaran itu tidak membawa kepada sebarang faedah.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)

"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam surga) kerana kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan:75)


Balasan kesabaran itu Syurga. Siapa yang tidak mahukan Syurga? Cukuplah Syurga sebagai ganjaran yang terhebat buat mereka yang penyabar.


Sabar itukan indah~~ =) 

Monday, January 28, 2013

sendirian bersamaNya..

Assalamualaikum,
setelah berabad, alhamdulillah hari ni baru berpeluang utk update blog..
selalu yah update stok2 resepi, tp kali nk mencoretkan kata hati..

Alhamdulillah ala kulli ni'mah..
berkat doa mak baba yg memang nk yah ambil Jqaf after yah habis study telah pun termakbul..
yah tercampak d sabah..hujung negara..
pd yah sendiri, yah sedih sgt sbnrnye, antara rela & tidak je yah d sini..
walaupun da dekat sebulan yah d sini, tp hati tetap d sane..
perasaan gembira tu da mcm sesuatu yg asing..
luarannye, org melihat sye ketawa seperti gembira..
hakikatnya, mereka belum mengenali sye..

bila yah fikir dgn perasaan, sungguh yah sgt frust sbb byk bnd yg perlu yah korbankan once yah setuju utk ke sabah..impian, azam & niat yg yah nk laksanakan tahun ni terpaksa yah kuburkan sementara..
yah nak sgt2 sambung master, tp ta d izinkan.
yah ingat nk kumpul duit & pegi umrah tahun ni, terpakse yah hold sbb yah tade byk cuti.


tp bile yah fikir dgn berbekalkan keimanan yg ciput kpdNya..
yah sedar..perancangan Allah terhadap sesuatu perkara tu sgt cantik..
byk perkara & hikmah yg tersembunyi insyaAllah..
setiap hari yah mencari motivasi diri utk terus kuat d sini..



yah ta nak da susakan hati mak baba & adk beradik..
awal2 yah smpai sabah, terlalu byk bnd yg yah & kwn2 lalui,
sampaikan mak baba ta dpt nk tidur & makan dgn baik..

since tu, yah tanam dkt diri, jgn menagis & terlalu mengadu dkt mak baba..
apa2 selagi yah mampu selesaikan sendiri, yah akan cube selesaikan sendiri..
ini ape yg Allah da tetapkan utk yah walaupun yah ta rela..
yah perlu tanggung sendiri..

yah rse bersalah sebenarnye, dr kecik sampai ke besar mcm ni pun masih lagi nk bimbangkan mak baba..haih, ta baik mcm tu..yah sendiri pun jd ta senang hati..
yah yakin dengan kekuasaan & kebesaran Allah..
selagi yah menjaga hubungan yah dgnNya, Dia juga akan jaga yah..

insyaAllah raya cina ni yah balik..sooooooo ta sabar nk jumpe insan2 ni..
rindu da menebal, malam2 selalu mimpi kamu semua..



my najla' yg tgh demam..sampai tertidur d sit belakang..siannye die.. =( 
demam sbb rindu anjang ye syg.. =)


ta sabar nk jumpe kamuuuuuu... 


my anak2.. =)

sebelum mengakhiri coretan, ingin d perkenalkan sekolah yah & housemate yah..




k.jue, k.syafa & wani..teman seperjuangan susah & senang, nangis & ketawa..
mcm adk beradik da kami ni..

and pulau & pantai ni tempat yah cari ketenangan..
membawa pergi jauh hati yg sunyi d sini..
time weekend, if ade kesempatan & transport, kami pasti akan ke sane..

Akhirul kalam :

'ALLAH tidak pernah menjanjikan hidup ini mudah, tapi DIA berjanji akan selalu d sisi kita.'
(Bersabar & bertenanglah duhai hati.. La thakaf wala tahzan, Inallaha ma'ana~) 

Friday, June 15, 2012

banana chocolate cake!


Assalamualaikum!
hari ni yah buat lagi satu kek yg mmg da lame yah nk buat..
tp asyik tade kesempatan je nk buat..

kek ni..
bermula dgn setandan pisang yg baba bawak balik dr kedah hari tu??
sooooooo banyak ta terkate pisang kt rmh ni..
da bg dkt jiran sane sini pun ta habis2 lagi..
jd demi menghabiskan rezeki Allah ni agar tidak terbuang, 
yah pun berusaha buat mcm2 bnd dgn pisang ni..
dasyat ta dasyat sampai kencing manis baba pun naik jd 11..
maaf baba..yah tau baba suka coklat, 
tp baba ta boley makan kek ni yeee..hehe..

back to the recepi..
hurmm..kek ni mmg sgt2 senang nk buat..
bagi dkt bdk kecik pun dorg boley buat dgn jayanye..

ni bahan-bahan for dis kek :

120g gula kastor
245g @ 1 3/4 cawan tepung gandum
75g @ 3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
240ml @ 1 cawan air suam
120ml @ 1/2 cawan susu segar ( if nk ganti dgn susu cair pun boleh)
1/2 cawan minyak
2 biji telur
1 cawan pisang yg d lenyek

Method:

1) Panaskan oven dalam 150 darjah cel. bergantung pada oven masing2 jgk sebenarnye. gris loyang dengan butter or planta and adik beradik planta pun boley.

2) Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda N gula ke dalam mangkuk.
utk step ni, ayak dulu bahan kering ni kecuali gula sebanyak 3 kali ayak.
semakin banyak d ayak semakin ringan bahan2 ni..so die senang nak naik la nnt..=)


so, ni bahan-bahan kering yg da d gaul rata td.

3)  Dalam mangkuk lain, masukkan telur, minyak masak, susu, air dan pisang hingga sebati.
utk step ni plak, yah buat satu..1st msok telur n pukul sikit, pastu msok minyak n pukul sikit jgk, next2 bahan pun buat mcm tu jgk. sampai da msok semua baru yah kacau sebati bahan2 basah ni..kacau jgn lame sgt..agak2 mcm da sebati tu ok da la tu.



ni bahan yg kite kacau td..
4) N last campurkan bahan2 basah ni ke dalam bahan kering. masukkan sikit2.


ok, ni da siap utk d bakar..yah add walnut dkt atas die..
ikot masing2 la..ade yg letak banana slice, badam and if ta nak letak pun tade masalah. =)


CHANG! fresh from oven~~


 ni after d simbah dengan coklat topping. ta payah letak banyak sgt la kot topping die, sbb nnt takot muak pulak banyak coklat sgt

oh, for the topping just cairkan planta dengan api yg kecik, pastu masukkan serbuk koko N susu pekat (sukatan coklat dgn susu kne same. cth : 1/2 cawan koko, susu pun kne 1/2 cawan jgk). kacau, and if nmpk likat masuk sikit air..time ni mmg kne jge api..if api besar nnt boley hangit coklatnye..hehe..so dah siap, sila la simbah atas kek. DONE! ^_^

Saturday, February 25, 2012

kek CARROT


Assalamualaikum!!
kali ni nk share resepi kek carrot..
actually, yah ni bknnye suke sgt makan carrot..
tp serius, kek ni sungguh amat sgt100 la sedap N yah sukekannyeeee..
sampai yah pn da ketagih dgn carrot..
ape yg best dkt kek ni is die ade add walnut dlm adunan kek..
so ble makan 2, mmg nyam2~~
makan sebijik nak lagi..hehe..



Bahan-bahannya: 

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya 

1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung 

120 g~ gula castor 

120 g~ gula perang (brown sugar) 
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut AKA sagat ( jangan diperah airnya) 

Bahan-bahan yang perlu di ayak: 
250 g tepung gandum  
1 1/2 suduteh baking soda  
1 sudu teh garam 
1 sudu teh baking powder  
100 g walnut ~ di cincang 

Cara-caranya: 
1. Pukulkan kuning telur (yah guna mixer, pukul sampai kembang sikit). 
2. Kemudian masukkan minyak, gula castor & gula perang, serta lobak merah 
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu 
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut) 
3. Masukkan walnut, kacau sebati. 
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati. 
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras. 
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, 
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun 
tak apa asalkan tidak terlebih kacau. 
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak. 

Frosting (yah tak buat sbb ta suke)
120 g butter 
250 g cream cheese 
120 g gula aising 

Caranya : 
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut

so ni hasil dieeeeeee..... 


nmpk mcm biase je kan? 

tp rse die luar biase sedapnye..hehe..
if ikot tekak yah, mmg yah suke..


Friday, February 10, 2012

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah..
this is what i got after 5 month berhempas pulas just for 
segulung ijazah..
syukur Alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..
Kau makbulkan doa hamba-Mu ini utk merasa tersenarai dlm dekan..

special dedicate to my parents mak N baba..
im nothing without both of u..
terima kasih ats segala-galanyaaa..
sampai saat yah bertemu dgn Allah pun, belum tentu yah dapat balas segala jasa, pengorbanan & kasih syg yg mak baba berikan..
juga buat adk beradik juga, terima kasih..
korg semua sgt byk membantu yah juga..

to all of my teacher since yah tadika-UM..
if bukan anda semua, sye ta mungkin dpt memegang segulung ijazah..
tiada kata dan balasan yg dapat membalas segala pengorbanan anda semua..
semoga semua cikgu semua berada dalam kerahmatan-Nya.

to my dearest friendssss...
anda semua juga penguat bg sye..byk susa senang sepanjang tempoh pengajian yg kite lalui bersama..
jazakallahukhairan kathira..

Hope after dis, peluang kerje terbentang luas utk yah..
AMIN!   

Wednesday, November 23, 2011

NUR NAJLAA' AQILAH

Assalamualaikum!! ^_^
hari ni yah update sikit pasal my new nephew yg sgt cuteeeeee~~
nama d beri seperti d ats, yg lahir pada 19 nov (jam:1.37 am)
btw, yah suke date birth die.. ^_^



cute kan??
cute mcm??? ok, yah da tau jwpn die..
4 sure la mcm mak njang yah die kan..ngehee~~
today da msok hari ke 10 baby dkt dunia ni..
semoga menjadi hamba-Nya and anak yg solehah fil dunia wal akhirah ya syg.. =)

so, dis is her lates pic yg still on sleep..
sgt lasakkan cara die tdo..
bedung la mcm mne pn..terburai jgk die kerja kan..najla2~~ hehe..
anjang da mula miss u la baby.. @_@