Assalamualaikum!!
kali ni nk share resepi kek carrot..
actually, yah ni bknnye suke sgt makan carrot..
tp serius, kek ni sungguh amat sgt100 la sedap N yah sukekannyeeee..
sampai yah pn da ketagih dgn carrot..
ape yg best dkt kek ni is die ade add walnut dlm adunan kek..
so ble makan 2, mmg nyam2~~
makan sebijik nak lagi..hehe..
Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
120 g~ gula castor
120 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut AKA sagat ( jangan diperah airnya)
Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 1/2 suduteh baking soda
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
100 g walnut ~ di cincang
Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur (yah guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula castor & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau
perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
Frosting (yah tak buat sbb ta suke)
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising
Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah
disejukkan dan hiasi dengan walnut
so ni hasil dieeeeeee.....
nmpk mcm biase je kan?
tp rse die luar biase sedapnye..hehe..
if ikot tekak yah, mmg yah suke..