Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Thursday, November 19, 2009

10 Adab Terhadap Diri Sendiri

1) Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2) Memotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu. kuku panjang dikhuatiri akan tersimpan najis. (nak tahu org laki yg malas, tgk kuku kaki dia ^_^)
3) Jangan mengadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan berkahak. Lebih tertib mengadap ke arah kiri dan gunakan sapu tangan khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
4) Mengutamakan bahagian kanan. Dahulukan semua bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi, berwudhuk, memberi hormat, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut dan memotong kuku. Utamakan pada bahagian kiri pada perkara-perkara seperti membuang hingus, ,meludah, menanggalkan pakaian, berinstijak.
5) Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena muka orang lain, makanan, dan minuman.
6) Memuji Allah (menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin.
7) Mengingat Allah dan bersyukur kepada-Nya ketika melihat wajah dicermin.
8) Membiasakan diri dengan amal yang soleh seperti beribadah, bersedekah, sembahyang sunat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir dan membaca al-Quran.

9) Tidak melakukan sesuatu yang sia-sia, selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya.


10) Meletakkan tangan dimulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut.


~ Apa pun banyak lagi adab2 yang perlu kita jaga dalam kehidupan seharian kita... jom! mari kita amalkan sikit2 dulu kalau tak mampu utk amal semua ~

0 comments:

Post a Comment