Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Saturday, May 4, 2013

the NASI ARAB



Assalamualaikummm,
 alhamdulillah hari ni d beri peluang dan ruang 
utk menconteng d blog yg da bersarang ini..

Al-Kisah hari ni, is NASI ARAB~~
my kegilaan..
ye, yah mmg gilakan bnd2 dari arab, terutama lagu and makanan..
so, last week lancarkan project nasi arab.
d bawa khas dr chef arab..ehehe..
tade la, kwn yah ade sorg kt sini yang penah belajar d mesir..
so masak dgn die nasi arab ni..
mmg puas hati yah..lps ni ta payah nk mengidam lame2..
agak2 teringin nk makan n.arab je, boleh trus buat sendiri..hehe.

 jom semak resepi : 

 

 bawang putih & besar
 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis)
 margerin (lgi bagus and sedap if ltk olive oli or ghee)
 tomato puri (if dkt arab dorg guna buah tomato, tp tomato d malaysia ni masam ta mcm d arab, so better guna tomato puri)
cili boh
 kuib pati ayam
 serbuk kari ayam
 ayam d potong besar2
 beras basmathi
 garam
 kismis
(sukatan yah mmg main agak2 je)

 method:


1) cairkan margerin, tumis bawang putih and merah sampai kuning. masuk 3 sekawan.


2) masukkan cili boh & tomato puri. tumis sampai agak2 pecah minyak. abaikan pic sudip itu, rmh yah ni mmg alatan dapur ta sempurna lagi. so, pakai mne yg ade je..hehe..

3) masuk ayam, agak2 ayam da suku masak, masuk air.

4) biar mendidih sampai ayam betul2 masak. masuk kiub pati ayam, serbuk kari and garam.

5) agak2 semua da ok, ayam da masak elok..masukkan beras and masak mcm nk masak nasi biase. DONE!! ^_^

Tu kisah tengahari..so, ptg tu after ktorg masak memasak nasi arab, ktorg pun keluar ambik angin dkt pantai yg dkt dgn rmh ktorg. SubhanAllah! sgt tenang jiwa bila lihat kebesaran Allah.

 

 

  ni yah with rumate yg bakal d risik 18 mei nnt. 
congrat dear! happy for you. :)

Tuesday, January 29, 2013

bersabar, perlukah?



Assalamualaikum,
melihat kepada situasi hari ini yg sering menguji kesabaran, keimanan & keikhlasan..yah mcm tergerak utk post berkaitan dengan
 ...SABAR...

Rasionalkah untuk kita bersabar setiap masa? Bukankah kesabaran 
kita mempunyai had, dan jika terlebih had ini, maka hilanglah segala kewarasan akal kita untuk berfikir lagi?

Kita bersabar kerana Allah swt itu sukakan akan perbuatan itu.

"Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran:146)

Tidakkah kita beruntung menjadi salah satu hamba-hambaNya yang disukaiNya kerana perbuatan kita yang sering kali sabar dalam setiap perkara? Seperti mana kita gembira dan suka disukai oleh orang-orang tersayang, seperti itulah malah lebih lagi, jikalau kita disayangi oleh zat yang Maha Penyanyang ini. Sungguh sangatlah beruntung bagi mereka yang sentiasa sabar ketika menghadapi ujian.

Kita bersabar kerana kita tidak pernah keseorangan.


"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:46)

Bukan sahaja Allah swt menyukai sikap kita yang sering bersabar, Allah swt juga berserta dengan orang-orang yang sering sabar ketika menempuh pelbagai ujian. Ketika mana kita merasakan tiada lagi siapa yang dapat membantu, tidak lagi memahami segala kerenah manusia terhadap diri, dan pelbagai takdir dan ketentuanNya yang menimpa bertubi-tubi, kita terlupa sesuatu perkara. Kita ada Allah swt dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Kenapa kita terlupa?

Besar kemungkinan kita sering berburuk sangka kepada Dia yang mengaturkan segala kejadian di alam ini.


عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". ((FUSHSILAT, 23:41). Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.)

Janganlah bersangka buruk dengan Allah swt. Dia Maha Mengetahui, lebih dari apa yang seluruh manusia jika dikumpulkan untuk bersatu dalam pemikiran dapat fikirkan. Sungguh pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Dan ingatlah bahawa hikmah Allah swt ini pelbagai, dan tidak semestinya datang bergolek ke kaki kita. Sungguh Rahmat Allah swt ini terlalu luas jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa!


اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ 

"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"  (Al-Mu'minuun :115)

Sungguh kalau mereka mengetahui bahawa adanya hari akhirat sana, sudah pasti mereka tidak akan mengeluh sepanjang waktu memikirkan nasib yang menimpa diri sendiri. Di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi, bukannya di dunia sementara ini. Maksudnya, segala kesusahan, keresahan, kepayahan yang melanda hidup kita, pasti akan suatu hari berakhir, seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah swt pada waktu yang telah ditetapkanNya. Dan ganjaran mereka yang bersabar, cukuplah indah!

Dan janganlah ingat bahawa setiap kesabaran itu tidak membawa kepada sebarang faedah.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)

"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam surga) kerana kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan:75)


Balasan kesabaran itu Syurga. Siapa yang tidak mahukan Syurga? Cukuplah Syurga sebagai ganjaran yang terhebat buat mereka yang penyabar.


Sabar itukan indah~~ =) 

Monday, January 28, 2013

sendirian bersamaNya..

Assalamualaikum,
setelah berabad, alhamdulillah hari ni baru berpeluang utk update blog..
selalu yah update stok2 resepi, tp kali nk mencoretkan kata hati..

Alhamdulillah ala kulli ni'mah..
berkat doa mak baba yg memang nk yah ambil Jqaf after yah habis study telah pun termakbul..
yah tercampak d sabah..hujung negara..
pd yah sendiri, yah sedih sgt sbnrnye, antara rela & tidak je yah d sini..
walaupun da dekat sebulan yah d sini, tp hati tetap d sane..
perasaan gembira tu da mcm sesuatu yg asing..
luarannye, org melihat sye ketawa seperti gembira..
hakikatnya, mereka belum mengenali sye..

bila yah fikir dgn perasaan, sungguh yah sgt frust sbb byk bnd yg perlu yah korbankan once yah setuju utk ke sabah..impian, azam & niat yg yah nk laksanakan tahun ni terpaksa yah kuburkan sementara..
yah nak sgt2 sambung master, tp ta d izinkan.
yah ingat nk kumpul duit & pegi umrah tahun ni, terpakse yah hold sbb yah tade byk cuti.


tp bile yah fikir dgn berbekalkan keimanan yg ciput kpdNya..
yah sedar..perancangan Allah terhadap sesuatu perkara tu sgt cantik..
byk perkara & hikmah yg tersembunyi insyaAllah..
setiap hari yah mencari motivasi diri utk terus kuat d sini..



yah ta nak da susakan hati mak baba & adk beradik..
awal2 yah smpai sabah, terlalu byk bnd yg yah & kwn2 lalui,
sampaikan mak baba ta dpt nk tidur & makan dgn baik..

since tu, yah tanam dkt diri, jgn menagis & terlalu mengadu dkt mak baba..
apa2 selagi yah mampu selesaikan sendiri, yah akan cube selesaikan sendiri..
ini ape yg Allah da tetapkan utk yah walaupun yah ta rela..
yah perlu tanggung sendiri..

yah rse bersalah sebenarnye, dr kecik sampai ke besar mcm ni pun masih lagi nk bimbangkan mak baba..haih, ta baik mcm tu..yah sendiri pun jd ta senang hati..
yah yakin dengan kekuasaan & kebesaran Allah..
selagi yah menjaga hubungan yah dgnNya, Dia juga akan jaga yah..

insyaAllah raya cina ni yah balik..sooooooo ta sabar nk jumpe insan2 ni..
rindu da menebal, malam2 selalu mimpi kamu semua..



my najla' yg tgh demam..sampai tertidur d sit belakang..siannye die.. =( 
demam sbb rindu anjang ye syg.. =)


ta sabar nk jumpe kamuuuuuu... 


my anak2.. =)

sebelum mengakhiri coretan, ingin d perkenalkan sekolah yah & housemate yah..




k.jue, k.syafa & wani..teman seperjuangan susah & senang, nangis & ketawa..
mcm adk beradik da kami ni..

and pulau & pantai ni tempat yah cari ketenangan..
membawa pergi jauh hati yg sunyi d sini..
time weekend, if ade kesempatan & transport, kami pasti akan ke sane..

Akhirul kalam :

'ALLAH tidak pernah menjanjikan hidup ini mudah, tapi DIA berjanji akan selalu d sisi kita.'
(Bersabar & bertenanglah duhai hati.. La thakaf wala tahzan, Inallaha ma'ana~)