Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Sunday, December 6, 2009

keberkatan YASIN..

Dengan keadaan wak salis sekarang yg sedang agk tenat di wad ccu IJN..semua family bace surah yasin utk kesejahteraan wak salis..so utk post kali ni yah nak share berkaitan keberkatan surah yasin..ape rahsie di sebalik ayt2 surah yasin yg membuatkan umat islam selalu gune surah yasin dlm perkara2 tertentu contohnye seperti keadaan wak salis sekarang. Bnd ni yah ambik dari aritel -> (DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri, Yang Susah Menjadi Senang..
Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini
dihafal oleh setiap
mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan
mulut.
Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.Lebih
elok selepas baca
di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa
berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...Caranya: Ingat
yang
segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad,Kita
orang Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-
pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum
berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa,
hembus dan sapu pada muka setiap
pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri...Hati yang kering
akan hidup
semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki
kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan
fitnah dalam
hidup.

Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tibaØ Tiupan ke-dua - HancurØ Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang
Mahsyar.


Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,baca dan
sapukan ke
kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan.


Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut
dada,
bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa bermula
daripada
Ayat yang bermaksud:
"dia berkata,Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang
padahal telah hancur?"
(Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali.
Dan Dia Maha Mengetahui tentang
segala makhluk."


Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x.Dibaca pada air dan
minum
selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga
40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam...


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan
hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat
Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca
pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.

0 comments:

Post a Comment