Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Friday, December 11, 2009

mexican bun..

Alhamdulillah..hari ni yah berjaye wt lagi 1 roti..hehe..if nk ikotkan mcm xde mood sgt hari, sbb semalam wak salis baru meninggal..but memandangkan mak mcm teringin sgt nk makan roti ni..sampai sanggup belikan tepung utk wt roti ni, so ku penuhi juga permintaan bonda tersyg..=)
Alhamdulillah hasilnye sgt2 memuaskan hati..(^_^)v so after dis x pyh dh la nk p kt roti boy..




Bahan Inti:
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang
Cara membuatnya:
Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Pukul lagi hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup dalam peti ais hingga sedia digunakan.
Topping: (banyak ni dah cukup) - resepi asal sukatannya 2 kali ganda
100gm mentega
80 gm gula icing (tak ada gula icing,yah guna gula kastor je..)
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sudu besar air panas
100 gm tepung gandum
Cara membuatnya:
Putar mentega dengan mixer pada kelajuan sederhanan selama 5 minit. Perlahan-lahan masukkan telur, gula icing dan kopi segera. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. simpan dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan.

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener (optional)- yah x letak
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
250 ml air/ susu segar (jangan guna susu tepung jika guna susu segar)
60 gm mentega
Cara membuatnya:
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
2. Masukkan telur dan air/ susu segar.
3. Uli adunan sehingga menjadi doh. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit.
4. Bahagikan doh kepada 17/ 18 bola kecil sebesar bola golf dan tutup dengan 'cling wrap' selama 10 minit.
5. Leperkan doh di atas tapak tangan dan isikan 2 sudu teh inti. Tutup seperti membuat pau, agar inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar. (senang dibuat sewaktu inti masih beku)
6. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega. jarakkan dalam
1 1/2 inci antara satu sama lain.
7. Rehatkan selama 45 minit di tempat agak panas (warm)
8. Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dan masukkan dalam piping bag. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari top centre.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun keperangan. (letakkan loyang di tengah oven agar bun masak sempurna)

0 comments:

Post a Comment