Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Tuesday, January 29, 2013

bersabar, perlukah?



Assalamualaikum,
melihat kepada situasi hari ini yg sering menguji kesabaran, keimanan & keikhlasan..yah mcm tergerak utk post berkaitan dengan
 ...SABAR...

Rasionalkah untuk kita bersabar setiap masa? Bukankah kesabaran 
kita mempunyai had, dan jika terlebih had ini, maka hilanglah segala kewarasan akal kita untuk berfikir lagi?

Kita bersabar kerana Allah swt itu sukakan akan perbuatan itu.

"Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran:146)

Tidakkah kita beruntung menjadi salah satu hamba-hambaNya yang disukaiNya kerana perbuatan kita yang sering kali sabar dalam setiap perkara? Seperti mana kita gembira dan suka disukai oleh orang-orang tersayang, seperti itulah malah lebih lagi, jikalau kita disayangi oleh zat yang Maha Penyanyang ini. Sungguh sangatlah beruntung bagi mereka yang sentiasa sabar ketika menghadapi ujian.

Kita bersabar kerana kita tidak pernah keseorangan.


"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:46)

Bukan sahaja Allah swt menyukai sikap kita yang sering bersabar, Allah swt juga berserta dengan orang-orang yang sering sabar ketika menempuh pelbagai ujian. Ketika mana kita merasakan tiada lagi siapa yang dapat membantu, tidak lagi memahami segala kerenah manusia terhadap diri, dan pelbagai takdir dan ketentuanNya yang menimpa bertubi-tubi, kita terlupa sesuatu perkara. Kita ada Allah swt dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Kenapa kita terlupa?

Besar kemungkinan kita sering berburuk sangka kepada Dia yang mengaturkan segala kejadian di alam ini.


عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". ((FUSHSILAT, 23:41). Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.)

Janganlah bersangka buruk dengan Allah swt. Dia Maha Mengetahui, lebih dari apa yang seluruh manusia jika dikumpulkan untuk bersatu dalam pemikiran dapat fikirkan. Sungguh pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Dan ingatlah bahawa hikmah Allah swt ini pelbagai, dan tidak semestinya datang bergolek ke kaki kita. Sungguh Rahmat Allah swt ini terlalu luas jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa!


اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ 

"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"  (Al-Mu'minuun :115)

Sungguh kalau mereka mengetahui bahawa adanya hari akhirat sana, sudah pasti mereka tidak akan mengeluh sepanjang waktu memikirkan nasib yang menimpa diri sendiri. Di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi, bukannya di dunia sementara ini. Maksudnya, segala kesusahan, keresahan, kepayahan yang melanda hidup kita, pasti akan suatu hari berakhir, seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah swt pada waktu yang telah ditetapkanNya. Dan ganjaran mereka yang bersabar, cukuplah indah!

Dan janganlah ingat bahawa setiap kesabaran itu tidak membawa kepada sebarang faedah.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)

"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam surga) kerana kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan:75)


Balasan kesabaran itu Syurga. Siapa yang tidak mahukan Syurga? Cukuplah Syurga sebagai ganjaran yang terhebat buat mereka yang penyabar.


Sabar itukan indah~~ =)